Majlis Persandingan pasangan guru ini berlangsung di Setiawangsa yang bertemakan Morrocan.Azura Couture diberi kepercayaan 100% oleh keluarga Ariff untuk mengendalikan majlis ini dari A to Z.Pilihan tema dan warna juga,semuanya diserahkan kepada kami.Keluarga pengantin lelaki menemui kami dalam masa beberapa hari sahaja sebelum tarikh persandingan kerana menghadapi masalah dengan butik yang sepatutnya mengendalikan majlis mereka pada awalnya.Walaupun dalam masa yang singkat, Alhamdulillah Azura Couture & team dapat menyiapkan semua kerja dengan jayanya.Jom kita saksikan dua persalinan pakaian, makeup,pelamin,dekorasi dan perjalanan majlis dari Azura Couture.Detik2 manis majlis ini dirakam oleh Bunga Studio Fotografi -AC-
Archive for July, 2011
Reception | Yan & Iman @Dewan Merak Kayangan,KL
Selesai majlis nikah di Shah Alam,majlis Resepsi diadakan di Dewan Merak kayangan.Azura couture & team bertanggungjawab sekali lagi dalam merialisasikan impian Yan,iaitu seorang Pengacara & juga wartawan di RTM ini,untuk bersanding didalam taman.Walaupun Yan tidak menggemari warna ‘pink’,tetapi dihari persandingannya,Yan sangatlah cantik & comel dengan pakaian serba ‘pink’ persis Barbie Doll.seronok bekerja dengan pasangan ini,kerana mereka benar2 memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Azura Couture & team.Official photographer yang merakamkan gambar-gambar yang sangat indah pada majlis Yan & Iman ini pula adalah dari napie mokhsin. -AC-
Solemnization | Yan & Iman @Shah Alam
Pada 26 Mac 2011,telah disatukan sepasang mempelai yang sama cantik dan padan iaitu Yan dan Iman di rumah pengantin perempuan di seksyen 19 Shah Alam.Yan seorang pengacara & wartawan di RTM dan Iman pula seorang Penyunting visual di pejabat yang sama. -AC-
Wedding Reception | Nadza & Bakri @Taman Tasik Titiwangsa KL
Pernikahan berlangsung di Putrajaya,dan seterusnya Azura Couture bertanggung jawab dalam majlis Persandingan Naza dan Bakri di Taman Tasik Titiwangsa.Majlis diserikan lagi dengan persembahan Muzik Band Bakri sendiri iaitu azlan and the Type Writer dimana Bakri turun padang bermain drum seperti biasa untuk menghiburkan tetamu dan isteri tercinta.Kami juga mengabadikan majlis mereka didalam beberapa majalah untuk kenangan mereka.Saksikan keindahan Majlis, Pelamin dan pakaian perkahwinan Nadza dan Bakri dari Azura Couture yang bertemakan ‘Burung Merak’.Warna yang digunakan juga adalah warna-warna terang yang sememangnya menepati citarasa jiwa muda
– AC-
Solemnization | Nadza & Bakri @Putrajaya
Perkenalan selama 13 tahun akhirnya menyatukan Nadza dan bakri di majlis Pernikahan yang berlangsung di Masjid Putrajaya dan Persandingan berlagsung di Taman tasik Titiwangsa. -AC-
Engagement | Zieda & Fahmi @Banting Selangor
Majlis pertunangan Zieda dan Fahmi yang bertemakan ‘cinta dalam taman’ diadakan di rumah keluarga zieda di Banting Selangor.Azura Couture bertanggungjawab 100% dalam memikirkan konsep untuk pasangan ini,termasuklah Pelamin,Baju dan hantaran.Gabungan Hijau Turqoise dan Pink menjadi pilihan untuk kelihatan segar.Selain itu kami juga mengaturkan Zul Fazli untuk menyolek zieda dan Bunga Studio untuk merakamkan detik-detik berharga itu. -AC-
Solemnization | Haider & Syeela @Seremban
Pakaian,Pelamin dan Solekan adalah dari Azura Couture -AC-
Wedding Reception | Haider & Syeela @ Seremban
(Perkahwinan Haider dan Syeila @Seremban)
Kami paparkan kepada anda majlis Resepsi yang berlangsung di rumah.Majlis berlangsung di rumah pengantin di Taman Paroi Jaya Seremban.Pakaian mempelai,pelamin dan Make up adalah dari Azura Couture.Syeela dan Haider adalah diantara clients yang sangat mudah untuk bekerjasama -AC-
Wedding Reception | Mira & Hez @ Bora Ombak
(Perkahwinan Hez dan Mira @Bora Ombak)
Majlis yang bertemakan elemen Jawa dimana Azura Couture bertanggungjawab dalam menguruskan perjalanan majlis Resepsi mereka termasuk Pelamin,dekorasi dan Pakaian kedua mempelai.Selain itu kami juga mengabadikan Majlis Perkahwinan mereka di dalam televisyen yang disiarkan dalam rancangan Nona di Tv3 serta beberapa majalah seperti Majalah Perempuan, Majalah Jelita, Majalah Harmoni dan sebagainya. -AC-
Celebrities wearing Azura Couture | Nora Danish
Nora danish antara selebriti yang mula-mula mempercayai dan menggayakan sentuhan Azura Couture, dimana pada masa yang sama,label Azura Couture mula dikenali apabila Nora memenangi beberapa anugerah pakaian terbaik.
Kali pertama Nora Danish menggayakan rekaan Azura Couture di Majlis Refflesia
Nora Danish,Best Dress di Anugerah Juara Lagu dalam rekaan Azura Couture

































































































































